Product Details
Performance Warkop Peptide Tea
RM41.00
Saiz Produk : 20 sachet x 25gm
Diperkaya dengan Black Tea,Ranpeptide Ginseng,Ganoderma,Annona,Mengkudu,Garam Bukit & Susu Kambing
Cadangan Pengambilan :
1. Boleh diambil sekurang-kurangnya 2 kali sehari
2. Gunakan air suam
3. Boleh diambil sebelum dan selepas makan
4. Sesuai untuk lelaki dan wanita
10 in stock
Description
KEBAIKAN PRODUK
BLACK TEA
Teh hitam atau black tea dibuat dari pucuk daun teh segar yang dibiarkan menjadi layu sebelum digulung, kemudian dipanaskan dan dikeringkan. Teh hitam juga lebih banyak mengalami oksidasi berbanding dari teh hijau, teh oolong dan teh putih. Teh hitam disebut juga teh fermentasi. Warna daun teh yang dihasilkan terlihat kehitam-hitaman dan kaya dengan THEAFLAVINS (antioksida) dengan FLUORIDE. ANTIOKSIDAN sangat membantu kita dalam menjadi semakin sihat dan cantik.
Membantu Menurunkan Berat Badan
Rendah kandungan sodium, lemak, dan kalori menjadikan teh hitam bermanfaat bagi Anda yang ingin menurunkan berat badan dan juga membantu dalam menjaga berat badan yang sehat. Teh hitam juga meningkatkan aktivitas metabolisma, sekaligus dapat membantu dalam penurunan berat badan.
Menurunkan Risiko Diabetes
Berdasarkan kajian penelitian yang dilakukan di Mediterania, menemukan bahawa orang-orang yang telah mengkonsums teh hitam secara jangka panjang (sekitar 1 sampai 2 cawan sehari) memiliki risiko 70% lebih rendah terkena diabetes.
Kesihatan Mulut
Sebuah kajian yang didanai oleh Tea Trade Health Research Association menunjukkan bahawa teh hitam dapat mengurangi pembentukan plak serta membatasi pertumbuhan bakteri yang dapat menyebabkan pembentukan kerusakan gigi. Polifenol yang ditemukan dalam teh hitam juga dapat mengatasi bakteria penyebab gigi berlubang.
Meningkatkan Energi
Tidak seperti kopi atau minuman lain yang mengandung kafein yang relatif lebih tinggi, kadar yang lebih rendah dalam teh dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak tanpa merangsang jantung secara berlebihan. Hal ini juga dapat merangsang metabolisme dan sistem pernafasan, serta jantung, dan ginjal
Mengatasi Masalah Pencernaan
Teh hitam kaya dengan antioksida dan berbagai kandungan lainnya yang memiliki kesan positif dan membantu dalam sistem pencernaan tubuh manusia.
GANODERMA
- Ganoderma/LingZhi adalah sejenis cendawan yang telah diberi penghormatan tertinggi oleh masyarakat Cina purba dan lebih dikenali sebagai Raja Herba Yang Ajaib. Sehingga kini lebih daripada 2,500 spesis Ganoderma telah dijumpai dan angkanya sedang meningkat ekoran penemuan spesis Ganoderma lain oleh pakar penyelidik sedunia.
- Ganoderma mengandungi lebih 200 elemen aktif yang boleh dibahagikan kepada 3 kategori dengan kadar 30% elemen larutan air, 65% elemen larutan organik dan 5% elemen volatail. Dari 200 elemen tersebut hanya, Polisakarida, Organik Germanium, Adenosin, Triterpenoid dan Esen Ganoderik yang sedang giat dikaji oleh pakar perubatan.
MANFAAT GANODERMA:
- Kebanyakan penyakit yang kronik berpunca dari ketidakseimbangan fungsi badan disebabkan oleh timbunan toksid. Ganoderma berupaya membuat pemeriksaan kesihatan ke atas tubuh badan untuk membongkar penyakit yang tersembunyi. Ia dapat menyingkir toksid dan membuat tubuh badan menjadi sebaik-baik doktor untuk mengubati penyakit dengan menggunakan sistem imun yang semulajadi.
- Ganoderma Gano Excel yang dikatakan memberikan nilai kesihatan terhadap seluruh sistem tubuh badan seperti :-
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dan pemulihan.
- Membantu meningkatkan metabolisma badan.
- Membantu memperbaiki dan melancarkan sistem kardiovaskular.
- Membantu menurunkan paras kolesterol darah.
- Membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.
- Membantu meningkatkan tenaga badan.
- Membantu menguatkan sistem penghadaman. Berfungsi sebagai agen pelindung hati.
- Raja Penyahtoksin badan
ANNONA
Nama saintifik Durian Belanda adalah Annona Muricata L. Pokok durian belanda berasal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Buah Durian Belanda ini mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, tannin vitamin c, vitamin B1 dan vitamin B2. Khasiat buah durian belanda adalah melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. Malah, ia menggalakkan lagi proses perawatan dan penyembuhan sekaligus membuatkan kita lebih sihat. Seterusnya menambahkan tenaga dan penampilan fizikal kita bertambah baik.
MANFAAT ANNONA:
* Melegakan masaalah sakit Urat Sendi & Kejang Otot
* Membantu mengawal paras Kencing Manis & Darah Tinggi kronik
* Membantu Mengurangkan Kolestrol
* Membantu masalah Sembelit Teruk
* Membantu masalah Alahan Resdung Kronik
* Masaalah Kulit seperti Ekzema Dan Psoriasis
* Membantu melegakan Gastrik dan Ulser
* Masaalah Selalu Letih & Lesu Badan dan sukar tidur
* Mengurangkan masaalah Migrain & Anemia
* Anti Tumor Dan Anti Kanser dan Penawar bagi pelbagai jenis sel Kanser.
GINSENG
Ginseng merupakan herbal yang memiliki banyak khasiat dan telah digunakan dalam pengubatan Cina sejak ribuan tahun lalu. Tidak hanya di timur, ginseng juga telah secara luas diadapsi di banyak negara barat karena manfaat kesehatannya yang beragam. Ada berbagai jenis ginseng yang meliputi ginseng India (Ashwagandha), ginseng Siberia, ginseng Asia, ginseng Brasil, dan ginseng Amerika. Ginseng merupakan Antioksidan yang mujarab digunakan sebagai penawar antipenuaan untuk membantu mengekalkan kecantikan.
MANFAAT GINSENG:
* Menguatkan daya ketahanan badan dan mempercepatkan penyembuhan daripada penyakit.
* Terkenal sebagai herba ajaib yang dapat meningkatkan tenaga batin, prestasi dan daya ketahanan lelaki.
* Menyelaraskan tahap kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
* Mengurangkan tekanan dan berupaya menenangkan dan mengimbangi minda.
* Meningkatkan daya ketahanan dan stamina dengan memberi sokongan kepada metabolisma badan.
* Membaiki keupayaan mental, kecekapan dan daya tumpuan dengan melancarkan peredaran darah serta menyalurkan tenaga kepada otak.
* Membolehkan badan berehat dan pulih daripada keletihan.
SUSU KAMBING
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.
Susu kambing ini membekalkan kandungan kalsium sama banyak dengan susu lembu tanpa memberikan kesan sampingan.Selain itu, susu kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan tulang kita tidak sentiasa kuat sepanjang hayat kita. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.
MANFAAT SUSU KAMBING:
- Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien
Salah satu kebaikan utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu. Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti lembu dan kambing. Tetapi memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing. Pada masa yang sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.
- Tingkatkan Metabolisma Badan
Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama. Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak. Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.
- Kesihatan Jantung
Terdapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu kambing. Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.
- Meningkatkan Sistem Imuniti Badan
Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium. Ia terdapat di dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu kambing.
Dengan pengambil susu kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.
- Mencepatkan Pertumbuhan
Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu blok untuk sel, tisu, otot dan tulang. Dengan menjamin pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik.
- Mengurangkan Berat Badan
Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.
Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
MENGKUDU
Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Kajian saintifik mengenai mengkudu atau noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama, beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.
MANFAAT MENGKUDU:
- boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.
- Merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes(jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.
- Buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat
GARAM BUKIT
Garam bukit juga dikenali sebagai Garam Kristal Gunung Himalaya adalah garam yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Garam bukit adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam bukit berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia, oleh itu garam bukit sangat diperlukan dalam proses penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kalenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
MANFAAT GARAM BUKIT:
- Meneutral dan meningkatkan kualiti udara
- Mengurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif keatas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
Additional information
Weight | 0.5 kg |
---|
Reviews
There are no reviews yet.